Saturday, July 3, 2010

Pilihan Kita Berbeza


Akmal dengan koleksi keretanya.

Hari Raya Aidilfitri akan tiba dalam tempoh dua bulan lebih saja lagi...bunyinya macam terlalu awal saya bercerita pasal hari raya sedangkan bulan Ramadhan pun belum tiba lagi,tapi bukan hari raya yang ingin saya ceritakan...cuma hari ini saya membeli kain untuk anak saya Alya, Asma dan Akmal untuk dibuat baju kurung dan baju melayu.Saya memilih warna 'light brown' untuk baju melayu Akmal dan warna yang sama untuk dibuat kain sarung pada baju kurung Alya dan Asma. Manakala untuk baju di atasnya saya belikan kain yang berbunga kecil dan warna bunga itu hampir sama dengan warna kain sarung mereka.Saya kira warna yang saya pilih ini sudah betul-betul match dan menarik sekali.

Namun apa yang berlaku setelah saya menghantar kesemua kain tersebut kepada 'taylor', anak saya Alya melahirkan rasa tidak puas hatinya. Mama, you should ask me first before you buy the kain...I think I don't like that color...Terkedu saya seketika,barulah saya sedar di mana silapnya saya kerana tidak meminta pendapatnya kerana saya kira kanak-kanak seperti Alya yang hanya baru berusia 8 tahun (coming soon next month) itu akan menerima apa saja pilihan yang saya buat.

Perkara begini mungkin pernah berlaku dalam kehidupan anda sekeluarga.Nampak seperti remeh-temeh tetapi sebenarnya tidak.Kanak-kanak di awal usia begitu mereka sudah pandai menilai yang mana cantik, yang mana buruk,yang mana baik dan mana satu yang jahat.Ibubapa adalah contoh yang terbaik...role model untuk anak-anak.Setiap perlakuan ayah dan ibu mereka samada baik atau buruk akan menjadi contoh kepada anak-anak.Sebagai contoh jika seorang ibu itu seorang yang suka menghina dan mencaci orang di hadapan anak-anaknya,tidak mustahil anak-anak juga akan memiliki keperibadian yang rendah seperti itu juga.Anak-anak ini adalah cermin kita sebenarnya.Mereka akan memantulkan balik apa saja yang kita pernah buat.
Firman Allah SWT:
"Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah,yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan) mereka.Oleh sebab itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar." (An-Nisa:9)


Puteri kesayangan mama.

Saya amat berbangga dengan anak saya Alya kerana dia berani menyuarakan rasa terkilan di hatinya di atas sikap saya yang tidak bertanyakan pendapatnya.Saya katakan begitu sebab sikap begini membentuk keyakinan dalam dirinya untuk berdepan dengan apa jua permasalahan dan bukannya memendam perasaan yang terbuku di hati.Sepatutnya saya bertanya kepada Alya,warna yang digemarinya kerana di kedai itu tadi ada banyak pilihan warna dengan pelbagai jenis bunga.Saya memohon maaf kepadanya dan seperti biasa jawapannya "it's ok mama"....aduhai anak mama....Inilah yang saya selalu 'practice' di dalam keluarga...memohon maaf tidak kira kepada yang kecil atau yang besar.Semoga amalan ini anak-anak saya akan bawa sehingga mereka dewasa kelak.
Alya, mama minta maaf,next time kita beli warna yang Alya suka pula ya...kita serupa tapi pilihan kita berbeza rupanya..

4 comments:

  1. Memang perbezaan merupakan sifat manusia. Bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak, malah dalam kalangan kita sebagai orang dewasanya. Kalau ada lima anak, maka akan kita dapati ada lima juga perbezaan dan ragam mereka yang perlu ibu bapa tangani dengan bijak. Pengalaman saya semasa membuat ubah suai rumah. Seorang nak warna biru, yang seorang lagi nak warna ungu. Akhirnya saya cat warna ungu di luar, dan warna biru di dalam. Hmm..walhal si ayahnya minat warna hijau...Tak apalah lain tahun kena cat warna hijau..sabar dulu..hehehehh

    ReplyDelete
  2. BerBahagialah si ayah yang boleh berkorban untuk kegembiraan anak-anaknya...Tahniah untuk anda.Dan terima kasih untuk ziarah.

    ReplyDelete
  3. kak koleksi kereta akmal ya hebat...hahahaha

    ReplyDelete
  4. sampei mbak tido juak koleksi ya..heee..Tq singgah blog kak.

    ReplyDelete