Monday, July 12, 2010

Jalan-jalan ke Canada Hill.


Berehat di rumah tanpa melakukan sebarang apa-apa aktiviti sesekali agak membosankan juga. Apatah lagi anak-anak saya, sudah pasti jalan-jalan menghirup udara petang menjadi agenda di fikiran mereka,setelah penat belajar...sesekali kena rehatkan minda juga.


Canada Hill terletak di bandar Miri merupakan mercu tanda bandaraya Miri.Muzium Petroleum yang pertama dibina di Sarawak terletak di atas Canada Hill.Miri juga digelar bandar minyak seabad lalu.


Di atas Canada Hill ini juga telaga minyak Miri yang pertama di temui dan ia dikenali sebagai Grand Old Lady.



Bersama putera puteri kesayangan saya.

Dengan gaya tersendiri.

Akmal tunjuk apa tu....?



Bangunan Muzium Petroleum. Di kawasan ini juga ramai pengunjung mengambil kesempatan berjogging sambil menikmati udara di atas bukit ini.

Kapsul masa.







Bandar Miri dilihat dari atas Canada Hill.

Indahnya ciptaanMu...senja melabuhkan tirainya...

Dari jauh, suasana semakin beransur gelap....Kami beransur-ansur pulang meninggalkan bukit ini.

2 comments:

  1. Indah dan cantik penorama di situ. Insya Allah, jika ada rezeki mahu juga menjengah di situ. Sesekali membawa anak-anak/keluarga bersantai di luar memang perlu dalam menjalinkan hubungan dan komunikasi yang erat. Apatah lagi kalau kita mampu menyelitkan pengajaran dan nasihat buat anak-anak sepanjang persantaian itu.

    ReplyDelete
  2. Salam Mesintaip,

    Terima kasih atas nasihat dan silalah berkunjunglah ke Miri.

    ReplyDelete