Sunday, June 20, 2010

Percaya Untuk Berjaya.


Esok 21hb Jun 2010, sekolah akan dibuka seperti biasa dan bermakna berakhirnya cuti sekolah semester 1. Hari ini kedua puteriku menyimpan dan menyusun kembali semua buku seperti yang telah dijadualkan.Cuti sekolah yang boleh dikatakan panjang ini selama 3 minggu telah digunakan dengan sebaiknya oleh kedua puteriku.

Selaku Ibubapa,saya dan suami telah mengadakan kem Bahasa Melayu ke atas mereka berdua.
Kenapa diberi nama sedemikian rupa ? Sebenarnya kami hendak menunjukkan kepada mereka berdua betapa saya dan suami amat memandang serius pencapaian mereka dalam matapelajaran Bahasa Melayu.Sebelum cuti yang lalu,Puteri Sulungku Alya mendapat markah B untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, sedangkan mata pelajaran lain Alya mendapat markah yang tinggi mengatasi kawan-kawan di dalam kelas. Sememangnya di dalam kelas Tahun 2 Bestari itu,persaingan terlalu sengit...Saya sebagai ibu berasa pilu bila mengesan ada suram di wajahnya bila tidak mendapat markah yang baik.Tapi kami tidak memarahinya kerana kami sedar kesilapannya banyak berpunca dari diri kami sendiri selaku ibubapa.Alya dan adiknya fasih berbahasa Inggeris dan sememangnya kami telah latih sejak dari kecil.dan sekarang penguasaan mereka dalam pemahaman Bahasa Melayu amat lemah.Banyak yang perlu diperbaiki.Sebab itu saya dan suami membuat pendekatan dengan mengadakan Kem Bahasa Melayu di dalam rumah sendiri sepanjang cuti ini. Mereka banyak didedahkan dengan menjawab latihan dalam Bahasa Melayu dan dibelikan buku-buku cerita dalam Bahas Melayu.Semoga ini akan meningkatkan lagi kefahaman mereka.

Puteri kesayanganku

Bila perkara sebegini terjadi,saya banyak bermuhasabah diri.Kita selalu inginkan yang terbaik dan kita ingat kita telah lakukan yang terbaik tapi itu bukan satu jaminan.Meletak satu perkara sahaja sebagai "Priority" , bukanlah sikap yang patut diamalkan. Kesempurnaan itu merangkumi semua aspek.

Kem yang kami adakan ini tidaklah mengambil masa yang lama dalam sehari...kerana kanak-kanak cepat bosan dengan satu perkara.Lebih-lebih lagi cuti sekolah.Sebolehnya kami tidak ingin mencuri zaman keriangan kanak-kanak ini bermain . Ada masanya kami belikan hadiah mainan (yang lebih kepada menguji minda) sebagai hadiah penat lelah mereka belajar.
Sesungguhnya dengan apa yang telah berlaku semoga ia akan terus menjadi pengajaran kepada kami sekeluarga dalam apa jua perkara.Belum terlambat untuk berubah jika ada kemahuan.Itu yang penting.

2 comments:

  1. Satu usaha yang baik dalam memantapkan ilmu kepada anak-anak. Seperti awak juga, saya dan isteri lebih suka memberi 'tuisyen' sendiri kepada anak-anak di rumah sahaja. Setakat ini, empat orang putera puteri saya tu mampu menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam beberapa ujian sekolah. Hmmm...cuma sepanjang cuti 3 minggu baru-baru ini tadi saya rehatkan mereka mentelaah pelajaran. Beri tumpuan untuk mereka belajar perkara lain (supaya mereka tidak bosan belajar)seperti belajar mengayuh basikal (3 orang dapat mengusai dengan cepat), belajar menyampaikan tazkirah (baca hadis setiap lepas sembahyang subuh dan maghrib) dan hafazan surah. Jika ibu bapa sendiri ambil berat dan belajar bersama di samping anak-anak, penguasaan mereka lebih cepat dan ia merupakan peluang untuk kita mendekati anak-anak dan berkomunikasi dengan mereka.

    ReplyDelete
  2. Slm saudara Mesintaip...

    Terima kasih atas perkongsian ini.InsyaAllah demi kecemerlangan anak di dunia dan akhirat, kita sebagai ibu bapa akan memberi tunjuk ajar yg terbaik.Semoga usaha kita sama2 diredhai Allah SWT.

    ReplyDelete