Tuesday, May 4, 2010

Permata Hati Mama


Puteriku yang pertama diberi nama Alya Batrisyia, lebih mesra dengan panggilan kakak sesuai dengan kedudukannya sebagai kakak yang sulung. Lahir pada 14 ogos 2002. Semasa mengandungkan kakak, aku mengalami alahan yang sangat teruk dan berlanjutan hingga 7 bulan, tapi Alhamdulillah kakak selamat lahir ke dunia selepas 2 jam menanggung sakit.Kakak lahir pada malam jumaat pada jam 7 malam. Kakak kini sudah berusia 8 tahun dan berada di tahun dua.


Kakak pun suka bergaya juga sekali sekala.


Saat keriangan


Masa balik kampung, kakak kena tolong nenek kutip buah kelapa.


Gambar ni masa kakak belajar kat Tadika Sri Mawar.


Kakak sambut hari jadi yang ke 6 tahun bersama rakan sekelas, anak jiran depan rumah dan juga sepupu.


Happy dapat anugerah dalam majlis Anugerah murid cemerlang


Bersama teman-teman yang akrab dengannya.


Bersama rakan-rakan sekelas


Puteriku yang kedua lahir 3 oktober 2003...lebih mesra dengan panggilan adik. Adik lahir pada hari jumaat sebaik sahaja orang selesai solat jumaat. maknanya kakak sudah ada teman bermain.Diberi nama Asma Qayyimah. Sama seperti mengandungkan kakak,aku mengalamai alahan yang teruk sehingga terpaksa kerap mengambil cuti sakit dari majikan.Tapi yang istimewanya,adik lahir ke dunia dengan mudah sekali tanpa mengalami sakit yang lama.Sesungguhnya Allah itu adil pada hambanya, diberiNya kepayahan semasa mengandung agar aku jadi manusia yang sabar dan kuat,dan dibalas dengan dipermudah segala urusanku semasa melahirkan adik..Kini adik sudah berumur 7 tahun dan berada di tahun 1.


Adik dalam Eye Of Malaysia




Masa buat persembahan nasyid kat Tadika Bina Hikmah.



Seperti kanak-kanak lain, mereka juga membesar dengan sihat dan aktif, sifat nakal seorang kanak-kanak memang tidak dapat lari dari diri mereka dan bagiku ia adalah fitrah dalam kehidupan kanak-kanak.


Ketika bersekolah di Tadika Sri Mawar.kakak masa tu level 2, adik pula baru level 1

Semakin menginjak dewasa, semakin banyak perkara yang mereka ingin tahu...kadang-kadang aku diasak dengan soalan tentang ketuhanan..akan kewujudan Allah,Kadangkala aku terpaksa menerangkan kepada mereka tentang setiap sesuatu yang wujud pasti ada penciptanya...mereka mengangguk seolah faham, tapi kemudian akan bertanya lagi...


Masa bercuti di Korea pada musim winter

Ada masanya mereka berfikir Allah adalah Mr.Giant yang boleh melihat dari atas langit dan nampak apa saja perbuatan mereka.Pemikiran mereka sebegini aku biarkan sahaja asalkan mereka tahu yang Allah itu ada dan Allah tak suka orang buat jahat....tunggu sedikit masa lagi,mereka akan faham jua akhirnya.



Dalam usia 6 tahun, kakak dan adik telah dilatih untuk berpuasa walaupun hanya separuh hari...Balik saja dari sekolah mereka akan dibenarkan makan, cuma dihujung minggu mereka dilatih untuk berpuasa penuh seperti orang dewasa.kasihan anak mama tapi biarlah pahit sekarang sebab nanti pasti manis ganjaran yang diperolehi.Begitu juga dengan solat.Alhamdulillah kini kakak adik sudah pandai solat 5 waktu...


Hari pertama memasuki alam persekolahan di Tahun Satu.

Seawal pagi sebelum pergi ke sekolah, kakak dan adik akan mengerjakan solat subuh terlebih dahulu...kadang-kadang aku bertanya kepada mereka, apa doa yang mereka selalu baca diakhir solat,kakak pasti menjawab doa minta pada Allah agar selalu dapat no 1 dalam peperiksaan dan doa untuk ibubapa.Doa ini telah diajar oleh guru mereka di sekolah...sejuk hatiku mendengarnya...Kadang-kadang kakak dan adik suka bermain semasa solat...aku pernah terbaca tentang seorang ibu yang menasihati anaknya dengan memberitahu, bila disekolah kita bercakap lemah lembut dan hormat pada guru, jadi semasa solat kita sebenarnya bercakap dengan Allah, jadi kita kena hormat pada Allah,tak boleh bermain di hadapannya.Aku beritahu perkara yang sama pada mereka.Satu amalan yang sentiasa aku terap pada mereka, setiap kali selesai solat maghrib, aku menggalakkan mereka membaca Al-quran.Kakak dan adik gemar membaca Al-quran dan begitu cepat menghafal surah-surah lazim...Alhamdulillah...semoga jadi anak yang solehah dan muslimah yang genius.



Riang bersama sahabat baik mereka yang juga adik beradik Ayu dan Anis


Putera kecilku lahir setelah hampir 4 tahun aku berehat panjang.Akmal Lutfi selamat lahir ke dunia pada 3 September 2007.Sama seperti kakak dan adik, aku tetap mengalami alahan dan sakit yang teruk sepanjang mengandungkan Akmal.Kali ini aku terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk berehat di rumah.



Hari Pertama Akmal.



Untuk melahirkan Akmal aku terpaksa menggunakan kaedah ceaserian kerana saiz badan akmal yang besar dengan berat 3.5kg.Pasti para Ibu semua setuju jika aku katakan, ceaserian ini memang mudah dan tidak perlu menanggung kesakitan bersalin tapi kesakitan cuma dirasakan selepas semua proses pembedahan selesai....





Akmal semasa bercuti di New Zealand

Sekarang usia Akmal menghampiri 3 tahun...seorang anak yang lincah dan tersangat aktif,memang ku akui jika hendak dibandingkan dengan kakak dan adik, kelincahan seorang anak lelaki memang begitu terserlah...namun tingkah laku Akmal sering mencuit hati kami...



Alya,Asma dan Akmal di Atas Mt Eden, New Zealand

Buat anakku Alya Batrisyia,Asma Qayyimah dan Akmal Lutfi semoga jadi anak yang patuh pada perintah Allah , taat pada agama dan ibubapa serta berguna pada masyarakat dan negara.Mama amat menyayangi kalian bertiga....Permata hati mama.

No comments:

Post a Comment