Monday, May 3, 2010

Majlis Tahlil Arwah Bersama Anak-anak Rumah Amal

Rumah Amal Anak kesayangan kami (RAAKK) merupakan rumah kebajikan yang menaungi seramai 15 orang anak yatim,anak fakir miskin serta anak-anak dari 'broken family'. Di samping itu RAAKK turut menaungi seramai hampir 15 orang lagi anak-anak dari kelompok yang sama yang merupakan golongan asnaf zakat (layak menerima zakat)


Penempatan anak-anak putri


Penempatan anak-anak putra.

Majlis Tahlil Arwah ini adalah untuk ibu dan ayah saya yang telah meninggal dunia dalam nahas kemalangan jalan raya pada 27 mei 2001.Mak dan yan adalah panggilan kami 5 beradik kepada ibu dan ayah...mereka pergi ketika kami semua sudah dewasa dan sudah pandai hidup berdikari... bayangkan seandainya ketika itu kami semua masih kecil...entah apa lah nasib kami 5 beradik...sesungguhnya setiap kejadian itu adalah ketentuan dari Allah. Jika sudah sampai masanya, tetap akan kembali jua kepada NYA. Ya Allah, kasihanilah kedua orang tua ku...janganlah Kau siksa mereka. Tempatkanlah mereka dikalangan orang yang Kau kasihi...


Majlis ini saya telah adakan bersama anak-anak dari RAAKK...Gembiranya dapat bersama mereka, melihat telatah mereka yang malu-malu bila berdepan dengan kami...tapi di hati kami hanya tuhan saja yang tahu...melihat wajah anak-anak ini seorang demi seorang, pasti ada ceritanya yang tersendiri. saya amat berterima kasih kepada teman-teman yang hadir membantu menjayakan majlis ini.

Photo Kenangan bersama anak-anak rumah Amal









Persembahan dari putri-putri comel..





Terima kasih yang tak terhingga kepada penjaga rumah amal ini.semoga usaha kalian dirahmati Allah SWT.

AMBILLAH WAKTU UNTUK MEMBERI,
ITU MEMBUATKAN HIDUP TERASA BERERTI.
AMBILLAH WAKTU UNTUK BERAMAL,
ITU ADALAH KUNCI MENUJU SYURGA.

No comments:

Post a Comment