Sunday, May 30, 2010

Hujung Minggu Di Brunei Darussalam

Photo-photo kali ni memuatkan gambar perjalanan kami sekeluarga semasa berjalan-jalan ke negara Brunei Darussalam.Negara Brunei ni dekat saja dengan bandar Miri.Memandu dari Miri hingga ke Pos kawalan Imigresen cuma memakan masa 15 atau 20 minit sahaja.


Sungai Baram dilihat dari atas Asean Bridge.sebelum adanya jambatan ini,penduduk dari Brunei atau Miri terpaksa menggunakan perkhidmatan feri untuk menyeberangi sungai ini.




Mercu tanda teko gergasi dilihat semasa nak masuk ke daerah Kuala Belait.


Pekan Kuala Belait yang agak lengang pada petang itu.


Masjid Kuala Belait.


Masjid dalam daerah Mumong.


Salah satu tempat menarik dalam daerah Seria,One Billionth Barrel Monument.


Dari kejauhan...pam minyak sedang bekerja.


Sarapan pagi di Hotel Rizqun.


Saat yang anakku tunggu-tunggu...


Puteri kesayanganku



Masjid Sultan Hasanal Bolkiah



Salah satu tarikan pelancong bila dah sampai ke bandar Seri Begawan.Kampung Air...uniknya semua rumah,balai polis,balai bomba dan sekolah dibina di atas air.


Dua buah kompleks membeli belah dalam bandar Seri Begawan..berlatar belakangkan sebuah masjid yang cantik.


Masjid Omar Ali Saifuddien




Gelagat Akmal sambil menunggu ayahnya selesai solat.

Nampaknya ini sajalah gambar yang sempat dirakam.Sebenarnya banyak lagi gambar di tempat lain yang belum saya ambik,mungkin di lain waktu. Insyaallah.

Thursday, May 27, 2010

Mak Yan


Assalamualaikum wbt...

Hari ini 27 Mei 2010, genap 9 tahun mak dan yan pergi...Pemergian yang pastinya untuk selamanya...Bagai baru semalam ditinggalkan. Mak dan Yan meninggal dunia dalam nahas jalan raya.Seakan gelap dunia menerima perkhabaran yang tidak diduga, insan yang baru beberapa jam kita lihat sihat walafiat tapi dalam sekelip mata Allah boleh ambil dari kita.Kuasa Allah tiada siapa yang dapat menghalang.Ajal maut di tangan NYA.

Kini hanya ingatan dan doa saja yang mampu diberikan buat mereka...Kalau di turutkan rasa hati, sesungguhnya terdetik jua rasa terkilan kerana tidak sempat membalas segala jasa dan susah payah mereka membesarkan kami lima beradik.
Yan panggilan kami kepada ayah...bekerja mencari nafkah untuk menampung keperluan kami...Mak pula hanyalah surirumah biasa, tapi kalau dibandingkan dengan yan, Mak amat tegas orangnya...kalau kami demam dan tidak dapat pergi ke sekolah, mak lah orang yang paling susah hati sebab bimbang kami ketinggalan dalam pelajaran. Mak mengajar kami mengaji dan sudah pasti disebelah tangan mak ada rotan....kami beradik terpaksa menahan kecut bila kena marah dengan mak .Tapi bila dewasa, kami dan mak bagaikan kawan...setiap masalah mak lah tempat mengadu.



Namun kini hanyalah amalan dan doa kami yang mampu dihadiahkan untuk kesejahteraan mereka di sana...Sehingga ke akhir hayat ini , mak dan yan tetap terpahat dalam ingatan.
Ya Allah, ampunilah bagiku segala dosaku dan juga kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Tuesday, May 25, 2010

Kisah Cawan

Cerita 'Kisah Cawan' ini adalah hadiah daripada seorang sahabat kepada saya....satu perkongsian yang menarik bagi saya dan ingin saya kongsikan bersama kalian semua...semoga jadi renungan kita bersama.



Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pe nah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara,

"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum.

Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

Pengajaran :

Seperti inilah kehidupan membentuk kita.Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan,sakit,penuh penderitaan dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'. Jangan lupa bahawa cubaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa. Apabila anda sedang menghadapi ujian hidup,jangan berkecil hati kerana Allah sedang membentuk anda....Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai, anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan.Wallahu a'lam.



Thursday, May 20, 2010

Hadiah Untuk Kami


Belajar dengan santai...kakak dan adik sibuk mengulangkaji untuk menghadapi exam.

Hampir 3 minggu blogku ini terbiar sepi tanpa sebarang coretan yang baru....Sebenarnya kesihatanku terganggu dengan demam selsema dan batuk...satu penyakit yang aku kira setiap orang selalu hadapi....dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di bandar Miri ini, rupanya tubuhku kalah menahan virus ini...Namun jika direnung semula...itulah ujian kecil Allah beri...simple je...bagi demam sikit...itu pun kita sebagai hambaNya nak mengeluh...Allah sayang kita sebenarnya...sakit kan kifarah....sekurangnya menggugurkan dosa-dosa kecil....

Dalam masa yang sama aku sibuk mengulangkaji pelajaran...hahaha...bukan aku yang nak exam...tapi kedua puteriku yang comel...beginilah keadaannya setiap kali menjelang peperiksaan, akulah terpaksa bekerja keras...kadangkala aku senyum sendirian..mana tidaknya...anak exam,ibunya yang sibuk...Tapi bagiku dalam usia 7 dan 8 tahun mereka masih belum pandai hendak mengulangkaji sendiri...jadi peranan aku kena memastikan mereka belajar, duduk bersama mereka, memantau latihan yang diberi dan sekaligus menjadi cikgu menyemak semua soalan latihan yang aku sediakan pada mereka....Ada masanya tahap kesabaranku teruji jika anakku kerap mengulangi kesalahan yang sama....Namun sebagai ibu aku tahu memarahi mereka bukanlah cara penyelesaian yang terbaik...aku mesti sabar menerangkan kepada mereka dan menggunakan segala apa yang ada di depan mata untuk dijadikan contoh kepada mereka. Dan hari ini aku dapat merehatkan mindaku buat seketika kerana hari ni adalah hari terakhir mereka menduduki peperiksaan semester 1. Doa mama sentiasa bersama kalian...kita telah sama-sama berusaha dan berdoa padaNya....Moga diberi hasil yang cemerlang. Percaya untuk berjaya ya anakku...


Kebiasaannya setiap kali anakku hendak berdepan dengan exam,aku selalu menjanjikan hadiah kepada mereka sekiranya mereka berjaya mendapat tempat yang pertama...Bagiku ini adalah satu motivasi kepada mereka untuk gigih berusaha dalam pelajaran.Apalah yang kanak-kanak seusia itu tahu akan kepentingan pelajaran....bagi mereka yang penting dapat kedudukan yang baik dalam kelas dan dapat ganjaran hadiah dari ibu dan ayah.
Bila difikirkan semula, konsep ini pun sama dengan kita sebagai hamba Allah...untuk meraih 'reward' dari Allah pun bukan mudah, kena banyak berusaha, kena banyak berubah dari tak tahu kepada tahu,dari yang elok kepada lebih elok lagi....dan sudah semestinya dalam setiap perubahan yang kita buat akan ada kesusahan, namun disebaliknya ia terselit kemudahan dan kesenangan...cuma bersangka baiklah kepada Allah, setiap perintahnya bukan untuk sesuatu yang sia-sia,malah pasti ada hikmah indah yang tersembunyi.Insya Allah...


Tuesday, May 4, 2010

Permata Hati Mama


Puteriku yang pertama diberi nama Alya Batrisyia, lebih mesra dengan panggilan kakak sesuai dengan kedudukannya sebagai kakak yang sulung. Lahir pada 14 ogos 2002. Semasa mengandungkan kakak, aku mengalami alahan yang sangat teruk dan berlanjutan hingga 7 bulan, tapi Alhamdulillah kakak selamat lahir ke dunia selepas 2 jam menanggung sakit.Kakak lahir pada malam jumaat pada jam 7 malam. Kakak kini sudah berusia 8 tahun dan berada di tahun dua.


Kakak pun suka bergaya juga sekali sekala.


Saat keriangan


Masa balik kampung, kakak kena tolong nenek kutip buah kelapa.


Gambar ni masa kakak belajar kat Tadika Sri Mawar.


Kakak sambut hari jadi yang ke 6 tahun bersama rakan sekelas, anak jiran depan rumah dan juga sepupu.


Happy dapat anugerah dalam majlis Anugerah murid cemerlang


Bersama teman-teman yang akrab dengannya.


Bersama rakan-rakan sekelas


Puteriku yang kedua lahir 3 oktober 2003...lebih mesra dengan panggilan adik. Adik lahir pada hari jumaat sebaik sahaja orang selesai solat jumaat. maknanya kakak sudah ada teman bermain.Diberi nama Asma Qayyimah. Sama seperti mengandungkan kakak,aku mengalamai alahan yang teruk sehingga terpaksa kerap mengambil cuti sakit dari majikan.Tapi yang istimewanya,adik lahir ke dunia dengan mudah sekali tanpa mengalami sakit yang lama.Sesungguhnya Allah itu adil pada hambanya, diberiNya kepayahan semasa mengandung agar aku jadi manusia yang sabar dan kuat,dan dibalas dengan dipermudah segala urusanku semasa melahirkan adik..Kini adik sudah berumur 7 tahun dan berada di tahun 1.


Adik dalam Eye Of Malaysia




Masa buat persembahan nasyid kat Tadika Bina Hikmah.



Seperti kanak-kanak lain, mereka juga membesar dengan sihat dan aktif, sifat nakal seorang kanak-kanak memang tidak dapat lari dari diri mereka dan bagiku ia adalah fitrah dalam kehidupan kanak-kanak.


Ketika bersekolah di Tadika Sri Mawar.kakak masa tu level 2, adik pula baru level 1

Semakin menginjak dewasa, semakin banyak perkara yang mereka ingin tahu...kadang-kadang aku diasak dengan soalan tentang ketuhanan..akan kewujudan Allah,Kadangkala aku terpaksa menerangkan kepada mereka tentang setiap sesuatu yang wujud pasti ada penciptanya...mereka mengangguk seolah faham, tapi kemudian akan bertanya lagi...


Masa bercuti di Korea pada musim winter

Ada masanya mereka berfikir Allah adalah Mr.Giant yang boleh melihat dari atas langit dan nampak apa saja perbuatan mereka.Pemikiran mereka sebegini aku biarkan sahaja asalkan mereka tahu yang Allah itu ada dan Allah tak suka orang buat jahat....tunggu sedikit masa lagi,mereka akan faham jua akhirnya.



Dalam usia 6 tahun, kakak dan adik telah dilatih untuk berpuasa walaupun hanya separuh hari...Balik saja dari sekolah mereka akan dibenarkan makan, cuma dihujung minggu mereka dilatih untuk berpuasa penuh seperti orang dewasa.kasihan anak mama tapi biarlah pahit sekarang sebab nanti pasti manis ganjaran yang diperolehi.Begitu juga dengan solat.Alhamdulillah kini kakak adik sudah pandai solat 5 waktu...


Hari pertama memasuki alam persekolahan di Tahun Satu.

Seawal pagi sebelum pergi ke sekolah, kakak dan adik akan mengerjakan solat subuh terlebih dahulu...kadang-kadang aku bertanya kepada mereka, apa doa yang mereka selalu baca diakhir solat,kakak pasti menjawab doa minta pada Allah agar selalu dapat no 1 dalam peperiksaan dan doa untuk ibubapa.Doa ini telah diajar oleh guru mereka di sekolah...sejuk hatiku mendengarnya...Kadang-kadang kakak dan adik suka bermain semasa solat...aku pernah terbaca tentang seorang ibu yang menasihati anaknya dengan memberitahu, bila disekolah kita bercakap lemah lembut dan hormat pada guru, jadi semasa solat kita sebenarnya bercakap dengan Allah, jadi kita kena hormat pada Allah,tak boleh bermain di hadapannya.Aku beritahu perkara yang sama pada mereka.Satu amalan yang sentiasa aku terap pada mereka, setiap kali selesai solat maghrib, aku menggalakkan mereka membaca Al-quran.Kakak dan adik gemar membaca Al-quran dan begitu cepat menghafal surah-surah lazim...Alhamdulillah...semoga jadi anak yang solehah dan muslimah yang genius.



Riang bersama sahabat baik mereka yang juga adik beradik Ayu dan Anis


Putera kecilku lahir setelah hampir 4 tahun aku berehat panjang.Akmal Lutfi selamat lahir ke dunia pada 3 September 2007.Sama seperti kakak dan adik, aku tetap mengalami alahan dan sakit yang teruk sepanjang mengandungkan Akmal.Kali ini aku terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk berehat di rumah.



Hari Pertama Akmal.



Untuk melahirkan Akmal aku terpaksa menggunakan kaedah ceaserian kerana saiz badan akmal yang besar dengan berat 3.5kg.Pasti para Ibu semua setuju jika aku katakan, ceaserian ini memang mudah dan tidak perlu menanggung kesakitan bersalin tapi kesakitan cuma dirasakan selepas semua proses pembedahan selesai....





Akmal semasa bercuti di New Zealand

Sekarang usia Akmal menghampiri 3 tahun...seorang anak yang lincah dan tersangat aktif,memang ku akui jika hendak dibandingkan dengan kakak dan adik, kelincahan seorang anak lelaki memang begitu terserlah...namun tingkah laku Akmal sering mencuit hati kami...



Alya,Asma dan Akmal di Atas Mt Eden, New Zealand

Buat anakku Alya Batrisyia,Asma Qayyimah dan Akmal Lutfi semoga jadi anak yang patuh pada perintah Allah , taat pada agama dan ibubapa serta berguna pada masyarakat dan negara.Mama amat menyayangi kalian bertiga....Permata hati mama.