Thursday, April 8, 2010

Tanda Ibu Yang Berjaya




Betapa besarnya peranan ibu dan rumahtangga dalam membentuk zuriat yang bakal menghuni bumi Allah ini.Ibu yang berjaya bukan setakat mereka yang berjaya menyusukan anaknya sehingga genap dua tahun atau yang berjaya melahirkan bayi yang mendapat juara "bayi sihat" atau dapat menyediakan makan minum yang mencukupi...

Seorang ibu yang dianggap berjaya mendidik anaknya ialah apabila hasil didikannya melahirkan anak-anak yang;




  • Taat kepada Allah dan Rasul


  • Taat kepada kedua ibu dan bapa


  • Sanggup berbakti kepada Allah dan masyarakat.


  • Berakhlak mulia.


Bila peribadi ibu menjadi contoh kepada anak-anaknya, dan anak-anak kasih pada kedua ibubapanya,maka ibu inilah yang diberkati ALLAH. Dalam menjalani kehidupan sehari-harian, kita mampu (jika mahu) berusaha mendidik anak-anak kita.kerana generasi yang akan datang,ia bermula dari hari ini dan kita lah yang menjadi juru bentuk nya. Semoga kita yang bergelar IBU akan tergolong dalam golongan mereka yang diberkati ALLAH.



1 comment:

  1. Aslmkm

    May Allah give all muslimah these quality :)

    ReplyDelete