Monday, April 5, 2010

New Zealand- Ogos 2009....



Percutian kami sekeluarga ke New Zealand kali ini memerlukan perancangan yang rapi dan perancangan yg bukan sedikit, banyak aspek perlu diambil kira...Ini kerana percutian ini, kami tidak menggunakan sebarang pakej pelancongan...kami cuma amat bernasib baik kerana pada masa hendak membeli tiket kapal terbang, kebetulan MAS sedang mempromosikan harga tiket separuh harga seorang...we are so lucky ...at least boleh save duit for shopping...hahaha..
Sebelum berangkat ke New Zealand, semua urusan sewa kereta dan penginapan telah dilakukan lebih awal...Inilah kelebihan nya internet, segalanya dihujung jari...mudah sekali, hanya RM saja yg perlu melayang...
Memandu sendiri di dalam bandar Aukland dan bandar-bandar yang lain begitu mudah berpandukan GPS Navigator yang turut disewa dengan harga 50 dollar sehari ! Walaupun menggunakan GPS Navigator, tetapi kita mesti tahu nama jalan atau tempat yang hendak dituju...semuanya mesti di study dulu sebelum sampai ke New Zealand....maknanya kena banyak buat homework dulu kat rumah contohnya tempat menarik yang hendak di tuju, apa nama jalannya...yang penting kat mana halal restoren.Mujurlah pada masa percutian ini dibuat, kebetulan cuti sekolah pada minggu pertama dalam bulan Ramadhan...Dalam erti kata lain, kami cuma perlu cari makan sebelah malam sahaja....






New Zealand adalah sebuah negara yang sungguh kaya dengan pemandangan yang indah...dan dengan gunung berapi nya yang dikatakan masih aktif! Tidak hairan mengapa New Zealand dipilih sebagai tempat pengambaran filem seperti Lord of the Ring....melalui kawasan hutan yang hanya ditepi jalan dengan deretan pokok-pokok....sempat saya terfikir, agaknya kat sinilah pelakon shooting filem tapi dalam movie nampak macam dalam hutan tebal...andaian saya saja tapi tak mustahil...
Pengalaman melihat sendiri Geyser(pancutan air panas dari muka bumi)dan bubling mud(lumpur yang menggelagak) akibat daripada aktiviti gunung berapi di Te Puai sungguh menakjubkan....Subhanallah...Kawasan ini dijaga dengan rapi dan merupakan salah satu tempat yang pelancong selalu singgah...cuma bau sulfur yang kuat di kawasan itu menyebabkan kami semua terpaksa menutup hidung dan menahan nafas...





Percutian ini, walaupun tanpa bantuan daripada agensi pakej pelancongan, namun kami boleh dikatakan berjaya melakukannya... dengan perancangan yang rapi,jadual perjalanan yang teratur dan yang penting kami tidak membuang masa sesat mencari jalan. Apa pun kenangan berada di New Zealand dalam musim winter ini tetap segar dalam ingatan...



No comments:

Post a Comment