Friday, April 9, 2010

My Family Seafood Spagetti


Bahan-bahan yang perlu disediakan.

1 sudu besar minyak zaitun

500g spagetti sos perisa garlic and basil

1-2 cili , dipotong kecil.

3 ulas bawang putih dicincang halus

50g daun basil

300g sotong, dipotong sliced seperti cincin

500g udang , diambil isi saja.

300g kerang atau lala

1 sudu kecil garam,aji dan gula

sedikit lada hitam

500g spagetti , rebus selama 10 minit hingga lembut.


Cara Membuatnya...



  • Panaskan minyak zaitun ke dalam kuali dengan menggunakan kepanasan yang sederhana.

  • masukan bawang putih dan sos spagetti, kacau dan biar untuk seketika.

  • masukan cili dan semua isi udang, kerang dan sotong. gaul rata.

  • Masukan daun basil bersama secubit lada hitam.

  • Akhir sekali masukan garam, ajinomoto dan sedikit gula. gaul rata.

  • Spagetti yang sudah lembut ditoskan terlebih dahulu sebelum diletak ke dalam pinggan.

  • Tuangkan kuah yang anda sediakan tadi ke atas spagetti. Selamat menjamu selera bersama keluarga tersayang anda.

  • Selamat mencuba .

No comments:

Post a Comment