Sunday, April 4, 2010

Catatan sepanjang jalan kenangan....










Salah satu perkara yang paling saya minati ialah berjalan-jalan samada di dalam ataupun di luar negeri...apa pun bergantung dengan kedudukan kewangan dan jadual bertugas samada saya sendiri ataupun suami. Bagi saya, semakin luas kita berjalan semakin banyak pengalaman yang kita perolehi...pengalaman yang kadang kala tidak kita temui di tempat sendiri...

Korea ...Disember 2008.

Berlepas ke korea dari KLIA bersama suami dan dua orang puteri kesayangan...dan beserta 9 buah keluarga yang lain dengan menggunakan pakej pelancongan dibawah Reliance Travel....pakej yang pada hemat saya sangat mudah kerana tempahan tiket, penginapan di hotel, pengangkutan sepanjang di sana dan waktu solat di jaga oleh pihak Reliance Travel.suhu di korea pada masa itu 0-2'C....kesejukan yang teramat sangat...tapi sehingga kami berangkat balik ke Malaysia, salji masih belum turun dalam bandar seoul...Sepanjang di korea kami dibawa melawat ke Nami Island salah satu pusat pengambaran bagi siri Drama Winter Sonata yang pernah menjadi kegilaan ramai pada tahun 2002 termasuk saya sendiri hehehe...,Bermain di Everland yang seakan Disneyland, melawat sekitar bandar seoul, berpeluang membeli belah dan pengalaman yang paling berharga belajar meluncur ski...nampak mudah, rupanya amat payah...silap-silap kalau jatuh boleh patah kaki...
Apa pun pengalaman berada di korea pada musim sejuk adalah pengalaman yang amat indah sekali.

No comments:

Post a Comment