Friday, April 30, 2010

KASIH IBU


Engkau yang aku rindu
Engkau bertakhta di hatiku

Segalanya hanya tinggal kenangan
Pergi seorang insan yang amatku sayang
Limpahan kasih sayangmu selautan rinduku
Yang pasti kau takkan kembali




Ya Tuhanku
Tabahkanlah menghadapi
Dugaan-Mu

Rahmatilah... Oh ibu
Seharum semerbak kasturi
Sedingin air di kali
Curahan kasih suci yang kau beri
Selamatlah ibu di sana mengadap
Allah Yang Esa
Doaku agar engkau bahagia


Engkaulah permata hati
Mendidik mengasuh kami
Bertarung nyawa demi kasih suci

Sungguh murni hati ibu
Menempuh onak berliku
Peritmu tiada siapa yang tahu


Kepada semua sahabatku, kakak, adik dan teman-teman yang jauh ataupun yang dekat...SELAMAT HARI IBU.

MUNAJAT


Di malam syahdu yang sepi ini..
Ku curahkan segala isi hati...
Mengapakah kini baru sedari banyak perintah Mu telah ku ingkari...
Dulu hidupku sering terleka...
Diulit mimpi dunia yang fana...
Tapi tak pernah ku mencuba untuk lari dari tipu dan daya..

Jiwa ku yang dulu sepi..
Kini keinsafan telah ku miliki...
Berlinangan air mata ini berderai jatuh membasahi bumi...



Dulu hidupku sering terleka...
Diulit mimpi dunia yang fana...
Tapi tak pernah ku mencuba untuk lari dari tipu dan dayanya..

Jiwa ku yang dulu sepi..
Kini keinsafan telah ku miliki...
Berlinangan air mata ini berderai jatuh membasahi bumi...
Terimalah munajat ku ya Allah...
Aku mengharapkan kasih dan sayangmu...
Hamba ini bergelumang dengan dosa..
Moga diberikan maghfirahmu...

Terimalah munajat ku ya Allah...
Aku mengharapkan kasih dan sayangmu...
Hamba ini bergelumang dengan dosa..
Moga diberikan maghfirahmu...


Penghargaan Buat Seorang Boss....

<
Miss Tiong Kim Yiek atau lebih mesra dengan panggilan miss di kalangan staff. Baru saja berpindah dari Hospital Putrajaya ke Hospital miri...Tidak sampai setahun berada di Miri, beliau berpindah lagi ke Hospital Sarikei , Sarawak. Perpindahan ini atas dasar suka sama suka dengan pegawai sains yang berada di Sarikei ketika itu.
Sepanjang bersama saya dan kawan-kawan yang lain dalam unit patologi kimia, miss sangat bekerjasama, berkawan rapat dan menghargai kami sebagai kakitangan bawahan nya.




Gambar ni diambil pada tahun 2009,Hubungan yang mesra di dalam gambar tu bukan setakat di situ saja. Even miss mesra dengan staff bawahan nya, tetapi bukan bermakna kami sebagai orang bawahan akan mengambil kesempatan...malahan kami semakin menghormatinya...miss amat memahami situasi kami yang sentiasa sibuk dengan kerja di bahagian masing-masing.


Ni lah bilik rehat kami...tempat selalu minum dan makan bersama miss...



Ni masa buat aktiviti makan-makan kat luar lepas abis kerja..Pizza Hut. Kenangan manis bersama sentiasa segar dalam ingatan.



Sekitar majlis perpisahan untuk miss yang kami adakan di Dynasty Hotel Miri.


Haa..ni lah keluarga bahagia unit patologi kimia.







Kenangan terakhir sessi photoraphy beramai-ramai bersama kakitangan Makmal Patologi Hospital Miri.
Saya mendoakan semoga miss gembira berada di tempat baru dan selamat maju jaya...sesungguhnya ketiadaan miss akan kami semua rindui sampai bila-bila.




Sekitar kenangan sepanjang lawatan ke Marudi, Baram


Kami menggunakan bot ekspress untuk pergi ke Marudi...perjalanan memakan masa 3 jam...Gambar diambil sewaktu ekspress baru hendak bertolak, sejam yang berlalu..bosan sudah terasa...2 jam kami dah mula kegelisahan (tak sabar nak sampai) tapi yang bestnya bila melihat ada signal kat handphone masing-masing, kami mula ceria...sebab ia seolah petunjuk perjalanan sudah semakin sampai ke destinasinya.
Kami menginap di Mulu Hotel.Walaupun tidak bertaraf 4 atau 5 bintang tetapi bagi saya sebuah pekan kecil memiliki hotel yang yang sungguh selesa ini adalah

perkara yang terbaik sekali.Kami mendapat 5 bilik, 2 bilik untuk lelaki dan 3 bilik untuk wanita...saya sendiri sebilik dengan Chinese girl,Budak dari Kuching town yang baru je posting di Hospital Miri...so sweet orangnya..
Malam tu kami dibawa makan malam di Dewan suarah Marudi bersama dengan staff makmal hospital Marudi.


Di samping mengeratkan silaturrahim, objektif utama lawatan ini adalah untuk mempromosikan persatuan Juruteknologi Makmal perubatan kepada mereka yang berada di Marudi, agar mereka tidak ketinggalan dalam apa jua aktiviti.Yang penting semakin ramai ahli, persatuan akan lebih teguh dan mantap.
Keesokannya, kami dibawa melawat kubu, muzium , hospital Marudi dan sekitar kampung dalam Pekan Marudi. Lawatan dibuat dalam tempoh masa yang singkat sahaja kerana pekan marudi hanyalah sebuah pekan yang kecil tapi memiliki pemandangan yang sungguh indah.

Berlatar belakangkan replika manusia yang sedang mengayuh perahu. Pekan Marudi ini terkenal dengan pesta Regatta setiap tahun.





Bersama En Roshidi, ketua MLT bagi Makmal Hospital Marudi. Gambar ni diambil dalam makmal Marudi.Makmal je kecil tapi ada juga mesin yang canggih untuk menjalankan test.

Ni lah ekspress air yang kami guna untuk pergi dan balik...Masa dah semakin suntuk, tengahari tu kami bergegas balik ke hotel untuk packing barang masing-masing. Tepat jam 3 petang kami berangkat balik ke Miri.Terima Kasih yang tak terhingga kepada En Roshidi, Nancy dan gabriel yang bersama kami sekitar lawatan yang singkat ini.Budi kalian tetap dalam ingatan.


Friday, April 23, 2010

Kebaikan Sujud Dari Sudut Perubatan


  • Melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing)
  • Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya

Bernafas ketika sujud akan :

  • Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • Membetulkan bahagian peranakan yang jatuh(prolapsed uterus)
  • Melegakan sakit hernia.
  • Mengurangkan sakit senggugut bagi wanita ketika haid.
  • Melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan.
  • Mengurangkan kesakitan pada pesakit apendiks atau limpa.
  • Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • Meringankan bahagian pelviks
  • Bagi wanita,gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • Mengelakan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut,akan terhindar penyakit seperti apoplexia rupture of blood vessels.

Sunday, April 18, 2010

SIKSA MENINGGALKAN SOLAT


Besarnya ibadat solat berbanding ibadat lain sehinggakan Rasulullah SAW menerimanya daripada Allah SWT secara langsung pada malam Israk dan Mikraj tidak seperti ibadat lain yang diterima dengan perantaraan malaikat Jibril(a.s).

Betapa kasihnya Rasulullah SAW dan bimbangnya akan kemampuan dan kesanggupan umatnya untuk melakukan ibadat solat hinggakan sanggup berulangalik meminta dikurangkan bilangan solat yang asalnya 50 waktu hingga akhirnya tinggal 5 waktu.

Demikian kasihnya Rasulullah SAW pada kita tapi kita sebagai hamba Allah ini masih lalai dan sentiasa beralasan untuk tidak mengerjakan ibadah solat ini...Perkongsian ini adalah tanda kita saling mengingati antara satu sama lain...dan sama ertinya saya mengingati akan diri saya sendiri.

Firman Allah SWT bermaksud:
" Celakalah bagi orang yang solat yang mereka itu lalai daripada
solatnya." (al-Ma'un: 4-5)

Sedangkan orang yang menunaikan solat dalam keadaan lalai masih lagi celaka apatah lagi orang yang tidak langsung menunaikan solat maka terlebih celaka dan terlebih murka Allah ke atas mereka itu.
Sesiapa yang meringan-ringankan solat maka baginya 15 siksa iaitu 6 di atas dunia,3 ketika menghampiri mati, 3 di dalam kubur dan 3 ketika bertemu dengan Allah.



Enam siksa di atas dunia adalah:



  1. Diambil Allah akan berkat daripada umurnya.

  2. Diambil Allah akan berkat rezekinya.

  3. Dihapus oleh Allah akan tanda orang soleh dari wajahnya.

  4. Tidak terpelihara baginya agama Islam

  5. Tiap-tiap amal kebajikan yang dilakukan tidak diterima.

  6. Tidak diangkat (diterima) doanya.

Tiga siksa ketika menghampiri mati :



  1. Mati dalam keadaan hina.

  2. Mati dalam keadaan sangat lapar.

  3. Mati dalam keadaan sangat dahaga hingga jika dituang segala air di dalam dunia belum dapat menghilangkan dahaganya.

Tiga siksa di dalam kubur:



  1. Allah menyempitkan kuburnya.

  2. Didatangkan Malaikat Munkar dan Nakir menyiksanya hingga hari qiamat dan adalah pada tangan kedua malaikat itu cemeti daripada besi(maka) adalah tiap-tiap kali pukul itu tertanam mayat 70 hasta lalu dikeluarkan (dikorek) pula dengan kukunya lalu dipukul lagi dan berterusanlah hingga qiamat.

  3. Disiksa dengan beberapa ular yang bernama Syuja' yang matanya daripada api neraka.

Tiga siksa ketika bertemu dengan Allah:



  1. Allah SWT menyuruh Malaikat Azab membawa rantai 70 hasta panjangnya digantungkan pada lehernya, maka dimasukkan rantai itu ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya dan diheret atas mukanya dan belakangnya dan berkata Malaikat," inilah balasan orang yang meninggalkan solat fardhu yang wajib ke atasnya" dan dihumbankan ke dalam neraka.
  2. Tiada memandang Allah SWT kepadanya dengan pandangan rahmat.
  3. Baginya siksa yang amat pedih.

Inilah balasan bagi umat yang degil dan keras hati. Dan hendaklah kita meminta pertolongan kepada Allah dalam menunaikan ibadat solat semoga kita terselamat daripada azab yang dijanjikan itu.

"kami berlindung denganMu ya Allah, daripada malas dan segan serta lalai dan lupa dalam mengerjakan ibadat dan kami berlindung denganMu daripada murkaMu dan azabMu.Amin ya Rabbal Alamin".





Melangkah itu mudah,
Namun mencari arah itu yang
terkadang payah.Mencari jalan itu mudah,
Namun memahami destinasi itu
yang susah.

Menyusuri susur itu mudah,
Namun menuju noktah itu pasti
mendatangkan lelah.
Dalam semua ini.....
menjaga istiqamah itu paling susah,
payah dan lelah.

Namun DIA amat faham,bagi hambanya,
DIA tidak meminta manusia menjadi
yang terbaik,hanya perlu untuk melakukan
yang terbaik,meletakkan sandaran dan
keyakinan penuh kepadaNYA

Lantas nescaya DIA akan menguruskan
yang selebihnya, agar yang terbaik itu
menjadi milik manusia....
Moga perjalanan kita sentiasa di dalam
lindungan dan penjagaan
ALLAH SWT...



Saturday, April 17, 2010

Perginya Seorang Isteri.

Hati saya terpanggil untuk berkongsi cerita sekembali dari menziarahi rumah bekas guru saya yang kehilangan isterinya...pergi yang tak kan kembali mengadap Allah yang maha Kuasa.
Raut wajah cikgu saya tenung sedalamnya...cikgu bercerita detik-detik ajal menghampiri isterinya, pasti sukar bagi cikgu melalui saat itu, ingin rasanya saya berkata tak payah lah cikgu bercerita kerana saya bimbang cikgu tak mampu menahan sebak... tapi cikgu tetap terus bercerita dan terus bercerita....airmuka cikgu nampak tenang dan masih mampu tersenyum melayan saya sekeluarga sebagai tetamu....mungkin cikgu ingin melepaskan kesedihannya dengan bercerita...15 tahun hidup bersama, dianugerah dengan dua putera . sempat hati saya berbisik,kasihan anak-anak ini, kehilangan ibu di usia yang masih muda, di saat kasih ibu dan perhatian diperlukan...Hati saya sedih tapi hati mereka yang ditinggalkan lagi sedih,sebak seketika bila cikgu berkata putera yang sulung masih kerap menangis mengenang ibunya...Berdoalah untuk ibumu anak muda, kerana doa anak yang soleh itulah akan membantu ibumu di alam sana kelak...


Cikgu, pasti sunyi selepas ini tanpa isteri di sisi...pasti hati cikgu sarat menanggung duka...Isteri penyeri rumahtangga, tanpa isteri rumah akan sepi dan tiada serinya, itulah kata-kata usikkan suamiku setiap kali saya jatuh sakit...tapi bagaimana dengan cikgu...kehilangan yang selamanya. Ya Allah kau berikanlah kekuatan pada cikgu ku ini, tabahkan hatinya menempuh dugaan MU ini ...
Kita semua akan kembali cuma bila, dimana dan bagaimana saja yang kita tidak ketahui...Yang pastinya kita semua akan kembali pada yang hak bila sampai waktunya...


Monday, April 12, 2010

Pasar Malam Miri


Pasar malam di Miri yang juga dikenali sebagai pasar minggu.Bermula pada sebelah petang hari jumaat dan petang hari sabtu hingga ke larut malam.

Terdapat banyak juadah makanan dijual di sini.Macam-macam ada...






Salah satu tarikan untuk kaum wanita....


Gerai majalah terpakai sentiasa menjadi perhatian pengunjung yang ingin mencari bahan bacaan yang diminati.Pelbagai jenis majalah, keluaran beberapa bulan lepas dijual dengan harga yang murah seperti RM1.50, RM2,RM3 dan RM4... malahan keluaran baru sebulan yang lalu pun ada ! apa yg membezakannya,muka hadapan majalah ini di tanggalkan atau dipotong setengah tapi bahagian isi kandungan tetap dijaga dengan baik.

peminat baju jersi bolasepak boleh mencari baju di sini...Harga yang ditawarkan amat berpatutan.

Kek Lapis Sarawak yang sudah semestinya ada...sentiasa menjadi tarikan pengunjung yang datang dari Semenanjung Malaysia ataupun pengunjung dari Brunei.

Sata dan Otak-otak (isi ikan) yang sentiasa 'hot'
Barangan handicraft Sarawak yang boleh dibawa balik sebagai souvenir....





Gelagat seorang pengunjung yang sedang memilih buah pisang...




Redam panas...sedap !



Deretan gerai ikan bakar..



Abis dah......salam jalan-jalan cari makan dari saya..