Friday, December 31, 2010

Hari Terakhir Dalam Tahun 2010


Assalamualaikum,

Gambar buku di atas adalah koleksi buku yang saya baca sepanjang tahun ini.Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskannya sebelum 2010 berakhir.Dalam kesibukan dengan tugasan di tempat kerja dan tanggungjawab seorang ibu,saya cuba mencari peluang untuk membaca buku-buku ini.Biasanya saya suka mengamalkan membaca buku sebelum tidur walaupun kemudian saya akan terlelap bersama buku.Sewaktu mengambil anak-anak dari sekolah, saya memanfaatkan masa menunggu mereka keluar dari kelas dengan membaca buku dalam kereta.Begitu juga masa travelling,saya gemar membawa buku bersama.Boleh membaca di airport dan dalam kapal terbang.

Petang ini saya dan suami membawa anak-anak ke pantai...Alya, Asma dan Akmal suka sangat bila dapat bermain air...lihatlah telatah mereka...


Dikejar ombak...

Alya dan Asma membina sand castle tapi tak sempat siap...sibuk nak main air.

beraninya orang kecik ni...

Run Akmal run...


Tak nak balik...sanggup baring..penat ayahanda kena pujuk mereka..

Mereka kesayanganku...malam melabuhkan tirainya yang terakhir dalam tahun 2010.
Selamat tinggal 2010...dan selamat datang 2011.

Tuesday, December 28, 2010

My Lovely Maid


Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua.

Pagi yang sedih...kami sekeluarga berpisah dengan Fitriani, pembantu rumah saya dalam masa dua tahun ini.
Fitri yang berasal dari sebelah kalimantan datang dari area puntianak. Didikan agama yang ada padanya menjadikan dia seorang yang memiliki akhlak yang baik yang mungkin sukar kita temui pada pembantu rumah biasa...keikhlasan dan kejujurannya dalam melaksanakan tugas, memjaga anak dan rumah setiap kali saya dan suami keluar bekerja...
Fitri akan melanjutkan pelajarannya di salah sebuah Madrasah di Bandung..Demi menggapai masa depan yang lebih gemilang kami redha Fitri pergi. Doa kami semoga Fitri berjaya dalam pengajiannya kelak.


Fitri bersama Alya,Asma dan Akmal ketika bercuti di Beijing baru-baru ini.


Forbidden City,Beijing.


Telatah Fitri yang suka bermain dengan kanak-kanak. Photo diambil semasa bercuti di New Zealand pada tahun 2009.

Martiasih pengganti Fitri...segalanya akan bermula dari bawah lagi. Kami terutama anak-anak terpaksa membiasakan diri dengan pembantu yang baru ini.Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga dalam menjalani kehidupan sehari-harian.

Fitriani...orangnya akan sentiasa berada dalam ingatan kami.
Terima kasih atas segala jasamu.

Sunday, December 26, 2010

Kek Batik versi baru...

Assalamualaikum dan selamat berehat di hujung minggu...



Hari ini saya tidak ke mana-mana. Cuma relax di rumah dan mencuba membuat kek batik versi baru...Saya namakan versi baru sebab biasanya kek batik menggunakan adunan coklat dan roti marie biasa. Tapi kali ni saya cuba terbalikkan pulak adunan biasa tanpa perisa coklat (cuma menggunakan perisa vanilla) tetapi menggunakan roti marie perisa kopi.Maka jadilah Marie coffee cake...


Menu makan malam ni lasagne...buat ni pun atas permintaan anak saya Alya.Agaknya dah bosan sangat makan nasi...lasagne ni memang kegemaran mereka. Seronok bila melihat anak-anak makan dengan berselera.

Alhamdulillah...syukur pada rezeki Allah beri.

Thursday, December 16, 2010

Good Bye Beijing...

Assalamualaikum,

Pagi ni kami check out dari hotel. Dalam bas Ali memberitahu kami,bahawa ramalan cuaca mengatakan hari itu akan kuat berangin dan ternyata benar dengan kehendak Allah SWT...Hari terakhir ni, tempat lawatan kami ialah ke Zoo Panda.













Di bandar Beijing ini juga ramai pengemis dan peminta sedekah. Mereka suka menunggu di luar masjid dan meminta duit dengan pelawat.Ali beberapa kali mengingatkan kami agar tidak memberi apa-apa kepada peminta sedekah ini, kerana bila seorang yang diberi,jumlah mereka akan bertambah ramai mengerumuni kita.Keadaan ini membuat kami lebih berjaga-jaga.Namun satu peristiwa yang tidak dapat saya lupa...dalam perjalanan menuju ke airport,kami singgah di sebuah pusat membeli belah barangan murah. Saya dan anak-anak serta beberapa orang yang lain menunggu di dalam bas sahaja sementara menunggu yang lain masih mencari barang-barang.Pada ketika itulah kami terpandang seorang peminta sedekah yang sedang membawa bayi yang masih kecil dan sedang menangis.Dia cuba meminta duit ataupun makanan daripada oarang yang lalu lalang di hadapan bangunan itu. Seketika dia berhenti, menyusukan bayinya dengan susu badannya. Dalam keadaan cuaca yang amat sejuk di luar,sudah pasti bayi itu kesejukan. Kami yang berada di dalam bas melihat suasana itu berasa sebak.Saya sendiri tidak mampu menahan airmata dari mengalir keluar.Kemudian kami pun mengumpul baki wang yang masih ada dan semua biskut-biskut yang kami beli di Masjid Nan do ya itu untuk diserahkan kepada wanita berkenaan. Biarlah orang kata orang Malaysia pemurah tidak bertempat tetapi bagi saya, apa yang kami lakukan atas dasar kemanusiaan. Semoga bantuan kami yang sedikit itu dapat memudahkan urusan wanita itu dan bayinya.Bila bas mula bergerak meninggalkan kawasan itu, wanita itu melambai-lambaikan tangannya kepada kami sebagai tanda terima kasihnya.


Dalam airport.

Tepat jam 4.35 petang, penerbangan MAS pun berlepas meninggalkan kota Beijing.Maka berakhirlah cuti kami dalam musim sejuk ini...meninggalkan segala memori manis untuk kami kenang sampai bila-bila.
Terima kasih pada suami tersayang yang telah menaja sepenuhnya percutian kami termasuk penginapan di Pan Pacifik hotel KLIA pada malam kami tiba di tanah air.
Dan terima kasih Allah kerana memudahkan semua perjalanan kami dan menemukan kami dengan mereka yang baik hati yang sentiasa sudi menghulurkan bantuan di saat diperlukan.

wassalam.....sharing is caring.

Wednesday, December 15, 2010

Day 4....Beijing Dalam Kenangan

Assalamualaikum,

Cuaca di Beijing semakin sejuk.Pada siang hari suhu jatuh pada 3'c dan pada waktu malam suhu jatuh sehingga -2'c. Bila berjalan di luar, kami melangkah dengan cepat untuk sampai ke dalam bangunan.Ramai di kalangan kami mula selsema termasuklah kami sekeluarga. Bekalan ubat selsema untuk budak-budak semakin berkurangan, saya semakin risau. Teringat peristiwa semalam,ketika balik ke hotel. Saya,pembantu saya dan anak-anak singgah di Mall bersebelahan dengan hotel. Saya mencari ubat selsema untuk kanak-kanak tapi tak seorang pun yang boleh berbahasa Inggeris. Mereka tidak faham malah menjawab saya dengan bahasa mereka, maka berlakulah keadaan seperti ayam dan itik sedang bercakap....hehe.Begitu juga keadaannya bila saya membuat panggilan pada house keeping di hotel. Telefon itu mereka akan pass kepada yang lain,dan perkara ini berlaku sehingga orang yang kelima yang boleh faham sedikit bahasa Inggeris.emm..tak mengapalah.


Hari ini kami cuma melawat ke kedai menjual zamrud.Tiada apa yang dapat saya ceritakan kerana saya terpaksa keluar dari bilik penerangan tentang zamrud apabila Akmal mengganggu tumpuan yang lain yang sedang mendengar.Akmal yang sudah bosan mula membuat bising.Jelingan daripada pekerja di situ sudah cukup membuat saya faham bahawa Akmal mesti dibawa keluar dari bilik itu.Jom Akmal....



Akmal seronok memerhatikan ikan-ikan dalam kolam kecil ni.





Inilah pelawat paling aktif dan ceria...



Bird's nest Stadium...di mana acara sukan olimpik pada tahun 2008 diadakan di sini dengan penuh gilang gemilang.



Mengabadikan kenangan bersama Ali dan felicia.






Tengahari itu kami solat zohor di masjid Nan Do ya yang berusia 300 tahun . Masjid ini sentiasa menjadi tumpuan pemandu pelancong yang membawa rombongan muslim ke Beijing. Malahan ada papan tanda yang ditulis dalam bahasa melayu di sini.


Kaligrafi Arab ala China menghiasi beberapa permukaan bangunan utama masjid Nan Dou Ya, menyambut setiap pelawat dan ahli jemaah yang datang berkunjung.Di luar perkarangan masjid ini,ada dijual kuih muih dan biskut-biskut yang manis dan sedap.dan yang penting halal...


Makan tengahari di Xinjiang Muslim restaurant.Seperti biasa makanan dimasak dengan kicap,sos, digoreng dan agak berminyak.






Petang itu kami tidak pergi melawat ke mana-mana...kami di bawa ke Wanfujing street. Di sini banyak shopping kompleks dan kebanyakan barang-barang adalah yang asli dan sangat mahal.Di kiri kanan jalan di hias dengan menarik sekali untuk sambutan hari krismas yang bakal tiba.











Memandangkan waktu malamnya agak cepat, kami masih belum terasa lapar walaupun kami terpaksa singgah juga di sebuah restoren untuk makan malam. Dah termasuk dalam pakej...
Malam itu kami makan peking duck. Ianya ialah itik yang dipanggang dan dihiris nipis-nipis.Cara makan pulak,letak dalam kulit popia bersama sayur dan sos.Malam tu saya merasa sekali saja sebab saya tak gemar makan itik.Perut pulak masih kenyang kerana makan biskut-biskut dalam bas.alahai...


Bersama Kak Bib sekeluarga.


Inilah rupanya Peking duck.


Nak makan peking duck pun kena belajar...


Tunjuk cara macam mana nak makan...

Selesai makan, kami semua balik ke hotel....masa untuk packing semua barang-barang....malam tu ialah malam terakhir kami tidur di Beijing.Walaupun penerbangan pulang ke tanah air pada sebelah petang, tapi selesai sarapan pagi, kami semua kena check out dengan bagasi masing-masing. Masih ada lagi agenda lawatan di saat-saat akhir....

bersambung...

Monday, December 13, 2010

Day 3...Beijing Dalam Kenangan

Assalamualaikum especially to my dear hubby yang jauh di rantau orang yang sentiasa mengikuti episod demi episod trip to beijing ni hehe..


Depan Sariz International Hotel, ambik gambar dengan anak-anak dulu sementara menunggu kawan-kawan yang lain masuk dalam bas. Pagi ni kami orang nak pergi melawat ke Silk factory.Teruja juga hati ni hendak melihat kain sutera China. Satu masa dahulu,pakaian Maharaja dan Maharani China juga diperbuat daripada kain sutera.

Tekun mendengar penerangan bagaimana ulat-ulat sutera ini menghasilkan sutera.

kepompong putih dari ulat sutera dibuka dan dimasukan ke dalam acuan yang berbentuk U terbalik.Proses ini dilakukan berulangkali sehingga mencapai ketebalan yang dikehendaki.

Para pekerja menarik kepingan benang itu dan dibentangkan pada papan khas.Nampak mudah saja ....

Tapi bila sampai giliran kami mencubanya, rupanya tidak semudah itu kerana kesilapan menarik dengan kuat boleh mengoyakan benang itu.

Seperti biasa...sebut harga kain sutera pada pasaran semasa....


Alangkah selesanya kalau dapat tidur di atas sutera yang lembut ini...tapi harga set dari cadar, sarung bantal hingga ke selimut mencecah ribuan ringgit.


Masa untuk shopping, mama dikawal ketat oleh tiga bodyguard...takut over budget !


Sempat posing dulu sebelum ke destinasi yang seterusnya.

Subhanallah...indah sekali..Inilah Imperial Garden Summer Palace.

Kawasan ini sungguh luas, saya dan anak-anak tidak dapat berjalan mengelilingi seluruh tempat ini.







Melihat tasik Kunming yang mula ditutupi ais...



Ais mula menutupi permukaan atas air tasik ini.






Bodyguard saya berjalan menuju ke pearl center...


Depan bangunan Fresh Water Pearl Center.


Dalam tiram ni ada belasan biji mutiara. Photo mutiara dalam tiram tak dapat di ambil dengan baik...Mutiara ni selain dibuat rantai, gelang atau apa jua perhiasan wanita,ia juga diproses menjadi kosmetik.

Selesai makan tengahari, kami dibawa ke masjid Niujie.Ianya dibina pada tahun 996 dan terletak di jalan Niu,Daerah Xuanwu dalam bandar Beijing.





Dalam ruang solat untuk wanita.



Kompleks bangunan dibentuk dari bangunan tradisional China menggunakan hiasan gaya arab.

Petang itu buat pertama kalinya sejak dari hari pertama sampai, kami berpeluang membeli belah di Ya xiu market dan Russian market.Shopping di sana agak mencabar sedikit, di samping kita kena ada kebolehan tawar menawar, kami juga berdepan dengan peniaga yang agak aggresif menjual barang mereka. Harga barang-barang dijual dengan tinggi kepada pelancong. Kami dinasihatkan Ali agar menawar harga barang itu kepada setengah harga.


Di hadapan Russian mmarket.


Bandar Beijing dihias dengan indah untuk menyambut hari krismas yang bakal tiba.