Thursday, November 1, 2018

Akmal Dan Sekolah Baru


Setelah  seminggu berehat di rumah, akhirnya Akmal memulakan persekolahannya di Udhailiyah School pada awal minngu ini. Pada awalnya kami plan nak masukkan Akmal dengan segera ke sekolah agar dia tidak ketinggalan namun beberapa prosedur sekolah harus kami patuhi antaranya melengkapkan beberapa vaksin imunisasi. 

sempat baca story book dulu sebelum kena cucuk dengan nurse

wajah ceria di  hari pertama persekolahan
with Miss Trista yang banyak membantu menguruskan kemasukan akmal di Udhailiyah School

Falcon Pride

Kawasan sekolah sentiasa yang cantik kehijauan

Di sini akmal naik basikal saja ke sekolah. InshaAllah kawasan  kejiranan  disini selamat.


Akmal pergi ke sekolah 7.30 pagi. Jarak rumah dan sekolah dekat sahaja.  Sekolah akan berhenti rehat untuk lunch pada jam 11.45 pagi. Masa ni, students dan guru masing-masing balik ke rumah untuk makan tengahari bersama keluarga. So masa ni sempatlah akmal makan dan menunaikan solat zohor di rumah. Kelas akan bermula lagi 12.45pm hinggalah tamat pada 3 petang.


Curiculum Amerika digunakan di sekolah ini so dalam kelas pelajar terdiri dari macam-macam bangsa dari negara-negara lain. Setakat ini hanya Akmal seorang budak Malaysia dalam grade 5. Alhamdulillah, anak-anak ini mudah saja berkawan. Everyone welcome him with open arms.

Udhailiyah
1 Nov 2018





Tuesday, October 30, 2018

Hijrah Ke Arab Saudi

Assalamualaikum
Hari ini adalah hari ke sembilan saya sekeluarga duduk di Udhailiyah, eastern Saudi. Baru dapat update blog ini dengan tenang dan rasa lapang.
Bila suami mendapat tawaran kerja dari Saudi Aramco sekali dengan family pakej, ia adalah satu berita yang membuat saya berfikir panjang. Teringatkan rumah di Malaysia yang bakal ditinggalkan. Keselesaan duduk di Putrajaya dan segalanya. Dan disini saya harus bermula dari A lagi. Alhamdulillah segalanya Allah permudahkan...just trust your feeling dan yang penting lebih dekat dengan suami tercinta.


Thank you Encik suami untuk penerbangan yang selesa ini. Semoga murah rezeki selalu dan lepas ni selalu-selalu naik business class..😅😅

21 Oktober 2018..Saya dan Akmal berlepas ke Dammam dengan Oman Air.  Penerbangan malam. Flight transit di Muscat, Oman selama sejam lebih sebelum meneruskan penerbangan sejam lebih lagi ke Dammam. Saya dan akmal tiba di King Fahd International Airport Dammam pada jam 3 pagi waktu saudi dan suami sudah pun menunggu.

Transit di Muscat International Airport

Bersama suami tersayang

Kemudian dari King Fahd International Airport Dammam kami menaiki taxi selama 2 jam ke udhailiyah dan sampai rumah. Apa yang menariknya, masuk saja dalam rumah..peti ais sudah dipenuhi dengan makanan. malahan ada lauk yang sudah siap di masak disimpan dalam peti ais. Suami kata ini mesti pemberian dari keluarga Malaysia yang sudah duduk lama di sini. Mereka hendak memudahkan saya yang baru datang. Alhamdulillah, walaupun belum lagi bersua muka, mereka sudah membantu saya. Sebelum ini mereka hanya mengenali suami yang sudah sebulan duduk di sini. Keluarga Malaysia ada 4 buah di sini. So sekarang bertambahlah dengan family kami.

siap ada note lekat kat peti ais

Terima kasih kawan-kawan baru

Tiga malam kemudiannya mereka menjemput kami untuk dinner. So malam tu semua keluarga Malaysia datang dan dapatlah kami berkenal-kenalan.


banyak  makanan malam tu 😋😋


Kelaurga Malaysia di sini hubungan sangat rapat dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. Alhamdulillah di temukan dengan mereka.
Sometimes miracles are just good people with kind heart.



Life is about trusting your feeling, taking chances, finding happiness and learning from the past. Sometimes it's painful. Sometimes it's beautiful. But most of the time, it's both.

Udhailiyah
30/10/2018













Wednesday, July 25, 2018

Trip To Melbourne Feb 2018

Cuti Tahun Baru Cina di Malaysia, kami sekeluarga terbang lagi. Destinasi kali ini ialah Melbourne, Australia. Kami menaiki flight malam 10.25pm dan tiba di Melbourne Airport pada pagi esoknya 9.20 am. Proses imigresen, kastam dan mengambil bagasi memakan masa hampir 1 jam juga. Selepas itu, Selepas itu kami terus mengambil kereta sewa yang sudah ditempah awal-awal secara online di Malaysia.


Inilah kereta yang kami sewa. Nissan Qashqai. SUV 5 seater. 

Tempat pertama yang kami tujui ialah Melbourne University. Seperti biasa untuk memotivasi anak-anak kerana Melbourne adalah salah sebuah universiti yang terbaik di Australia.

Kami buat tour sendiri dalam universiti ini.

kawasan universiti

Dalam dewan, masa ni pelajar sedang berehat  so sempatlah kami ambik gambar sekejap.

bersama Encik suami tercinta.

Reka bentuk lama masih dikekalkan

terdapat Cafe halal di dalam Melbourne University . kami sempat  lunch di sini.


Founded in 1853

Universiti ini adalah yang tertua di Victoria



Selepas menamatkan tour di sini, kami check in di Apartment  Mebourne Domain yang terletak di A'Beckett street. Penginapan 2 bilik . Tanpa membuang masa, selesai meletak bagasi dalam bilik, kami pun berjalan lagi di sebelah petang. Kali ini kami berjalan kaki dan sesekali menaiki tram free yang ada dalam bandar melbourne.

maklumat tentang bandar, pengangkutan dan tempat menarik boleh di dapati di Melbourne Visitor Centre

Ini lah tram free yang kamek naik dalam city. Ramai pelancong menggunakan perkhidmatan tram free ini.




Flinders street railway station

Waterfront city



Melbourne pada ketika ini berada di penghujung musim panas. Namun tidak terasa perit panasnya. Angin di waterfront city itu terasa dingin. So berjalan-jalan di waterfront city pada sebelah petang adalah pilihan yang tepat.

pemandangan dari tingkat 20  di Apartment Melbourne Domain

Keesokkan harinya, kami keluar awal pagi kerana hendak memandu keluar dari bandar Melbourne. The Twelve Apostles itulah tempat yang ingin di tuju dan jaraknya pula sejauh 3 jam pemanduan. Kami melalui The Great Ocean Road dan di sajikan dengan pemandangan tepi laut yang sungguh indah.


Dalam perjalanan, kami singgah di Split point lighthouse yang terletak dalam pekan kecil Aireys Inlet.



Kami juga singgah di monumen The Great Ocean Road yang dibina untuk memperingati mereka yang pernah berkhidmat semasa perang dunia pertama 1914-1918.





perjalanan menuju ke The Twelve Apostle diteruskan











Kami balik semula ke pusar bandar selesai saja di sini. The twelves Apostle ialah salah satu tarikan pelancong dan tidak hairan mengapa semasa kami di sana terlalu ramai pelancong luar . 

Kereta sewa Nissan Qashqai yang membawa kami ke mana saja

sempat singgah di Victoria market, namun ketika kami sampai market sudah ditutup. Hanya kelihatan beberapa orang penjual sayur dan buah-buahan yang masih ada , cuba hendak menghabiskan jualan mereka pada hari itu.


Kami singgah makan di sebuah restoren halal milik melayu Indonesia.

with my Akmal
 Akhir sekali kami melawat  di The Shrine of Rememberance.  Satu-satunya War memorial yang terbesar di Australia. Di sekitarnya ialah taman- taman bunga. War memorial ini terletak di King Domain St Kilda Road.


War memorial ini dibina untuk memperingati kaum lelaki dan wanita di Victoria yang berkhidmat semasa world war 1. Namun sekarang ia dijadikan sebagai memorial untuk memperingati semua Australian yang berkhidmat dalam medan perang.


mula dibina pada tahun 1927-1934



Kami balik semula ke penginapan untuk packing . Malam itu juga kami check out dari apartment tersebut kerana flight balik ke Malaysia pada tengah malam itu. Penginapan kami tetap dikenakan charge 2 malam walaupun malam itu kami tidak tidur di situ. Tidak mengapalah kerana yang penting kami dapat membersihkan diri, menunaikan solat dengan selesa dan berehat sebentar sebelum keluar dari situ. Apa pun kenangan di Melbourne tetap manis dalam ingatan. Semoga berjumpa lagi.